.: January 2012

SESEDAP RASA

SEDAP BAGIMU SEDAP JUA BAGIKU

Tuesday 31 January 2012

Koleksi CPU yang Unik Pelik dan Menarik

Lama sudah tak update blog nie..Maaf kan Mengarut ya.. :-).. Baru-baru nie kalut cari keja..Alhamdulillah dah dapat keja. Oke tak nak sembang banyak jom kita tengok antara koleksi CPU yang unik pelik dan menarik nie..

















Friday 20 January 2012

Irama Muzik Daripada Gelas

Irama Muzik dari Gelas ini dimainkan oleh Robert Tiso,Bagi pengemar muzik mungkin sudah mengenalinya tetapi bagi 'Mengarut' mainan irama muzik daripada gelas adalah sesuatu yang baru. Permaian Muzik ini Telah bermula seawal  tahun 1741 lagi oleh lelaki Irish,Richard Pockrich.Namun permainan muzik ini pernah diharamkan di beberapa kota di German suatu ketika dahulu kerana dikatakan penyebab ganguan-ganguan fizikal dan mental.Dan bermula kembali hanya pada tahun 1919.





Dengar muzik nie bayangkan berada di tepi pantai baru best.. :-)

Untuk mengetahui lebih lanjut sila klik link berwarna hijau nie..hehe http://www.roberttiso.com

Thursday 19 January 2012

Tarian Naga Versi Shuffle

Sempena tahun baru cina yang bakal menjelma tak lama lagi apa kata kita tengok video Tarian Naga Versi Shuffle nie.Memang menarik.. :-).






Selamat tahun baru cina diucapkan kepada kawan-kawan dan masyarakat cina.. :-)

Wednesday 18 January 2012

Kraftangan Daripada Tin (Unik dan Menarik)

Unik dan Menarik,Tin yang terbuang diubah suai menjadi kraftangan yang mengagumkan. :-)
















Lepas nie pakat cuba buat dekat rumah oke..hehe

Tuesday 17 January 2012

Proton Saga Hatchback RS


Apa pandangan anda mengenai kereta Proton Saga Hatchback RS..? Bagi 'Mengarut' kereta ini memang menarik. Dari segi rekabentuk serta aerodinamik memang 'Mengarut' berkenan la.Bahagian engine pula kalau diletakkan engine CPS 1.6 memang stail kan.. :-)..Tapi kalau engine renault macam Savvy dulu 'Mengarut' tak berapa berkenan sangat la.Engine tue memang tak sesuai dengan iklim kat malaysia rasanya la.


Engine nie kalau dorang letak memang terbaik kerete tue.. Bagi system tranmision pulak 'Mengarut' lebih berkenan dengan CVT. :-)


Jom tengok Video nie cara CVT bekerja.. Kat Saga FLX dorang pakai.. :-)



'Mengarut' Harap kereta nie ada kat pasaran secepat mungkin..Harap sama seperti 'Mengarut' Bayangkan..hehhe.. :-)

Friday 13 January 2012

Kasut Bermotor


Pernahkah anda terfikir mengenai kasut bermotor..? Mungkin ramai yang pernah terfikir mengenai kasut sebegini ketika anda penat berjalan ke kuliah atau sebagainya bukan..? Namun idea anda tidak diterjemahkan dan berlalu begitu sahaja..Untuk pengetahuan anda Idea kasut bermotor ini terhasil apabila pemiliknya sukar mencari tempat parking kereta sewaktu ingin makan tengahari,Lalu terlintas di fikiran beliau untuk mencipta kasut bermotor ini.

Serba sedikit mengenai kasut ini

- Kasut bermotor yang dipanggil spnKiX

- Ia adalah gabungan Antara kasut Ski dan Kasut Roda

- Mempunyai kalajuan 10 batu sejam atau 16 km sejam

- Setiap kasut mempunyai bateri dan motor disepadukan bagi berfungsi bersama

- Bateri yang dicas semula 2 hingga 3 jam membolehkan pemakainya pergi sehingga 5 kilometer


- Mempunyai satu alat kawalan jauh yang berfungsi mengawal kelajuan

- Kasut ini akan dipasarkan dengan harga AS$649 (RM2,039) pada mac ini

Wajah Pencipta kasut ini Peter Treadway



Sunday 8 January 2012

Motosikal Penunda

Pernahkah anda melihat Motosikal tunda..? Jika belum jom sama-sama tengok.. Bagi "Mengarut" motosikal tunda ini mempunyai  kelebihan tersendiri.Contohnya jika sesebuah kereta rosak di suatu tempat sibuk,Jadi motosikal nie boleh menggunakan kelebihannya mencelah di antara kereta untuk ke tempat yang dituju.






Tengok video nie..

Wednesday 4 January 2012

Aksi Pemain Bola Sepak Selepas Jaringan Gol

Aksi-aksi menarik sebuah pasukan bola sepak selepas membuat jaringan gol.




Tuesday 3 January 2012

Penyamaran yang Menarik

Jom cari dimana lelaki ini bersembunyi.. :-)








Sumber http://dvillahati.blogspot.com

Remajaku Yang Mengarut

Motor nie hanyalah gambaran


 Ketika itu jam baru menunjukkan pukul 7 pagi,Manakala waktu persekolahanku sesi petang tapi disebabkan ada motor kawan aku tersadai di rumah aku terpaksa bangun awal untuk membaiki,Selalunya kalau motor tersadai tue dah tahu la,Mesti nak aku baiki punya."Belum sempat puas tidur" rintih hati kecilku.Mana tak nya mimpi baru saja nak berputik dah kena bangun..Mujur pagi tu mood aku baik jadi aku buat keja dengan tekun sekali,Dalam erti kata lain aku iklas membaiki motosikal kawan aku tue.Puas juga la aku nak siapkan motor tue..Yela waktu tue umur aku baru 13 tahun mana la ada pengalaman sangat.Tambah-tambah masalah yang baru aku jumpa.Disebabkan nak belajar aku memandaikan diri repair motor tue.


                            ***********************************************************

Jam menunjukkan pukul 11 pagi.Aku sudah mulai risau,Pertama sebab aku nak ke sekolah pukul 12 nanti,Kedua sebab kawan aku naik motor nie nak kesekolah,Dan ketiga adalah aku tumpang kawan aku ke sekolah dengan motor tue..... "Isk api ada,Plug oke,Timing rantai kecik oke,coil body oke,Caburater oke,,Ahh suda"Bercakap sorang-sorang aku ketika tue..Jam sudah Menunjukkan pukul 11.15 minit ketika itu.Aku tanpa berfikir panjang terus membuka head,dan block motor tue..Satu demi satu aku perinci kan.. dari valve,valve spring,camshaft.Ukur guna caliper kot time tue..hehe.maknanya memang betul teliti la.Siap buat kiraan lagi.


Tidak lama selepas itu emak aku datang bertanya mengenai status motor tersebut,Aku hanya mampu mengelengkan kepala tanda pasrah,Emakku berlalu masuk ke dalam rumah tanda faham.Masa berlalu begitu pantas bagiku,Ketika itu pula aku teringat ada dating dengan budak kelas sebelah..Baru kemarin aku dapat surat.."Ahh Suda" Itulah Bakal dating pertama yang perlu aku realisasikan,Nak tak nak kena juga pergi sekolah.


                                                 *******************************


Aku menyegerakan pemasangan komponen motor itu,Walaupun tahu harapan 50-50 sahaja kerana aku tidak tahu punca masalah sebenar,Apa yang aku fikir basikal belakang rumah sentiasa menanti untuk aku kesekolah jika berlaku segala kemungkinan.(Jarak dari rumah nak kesekolah 3 Km).Aku tidak fikirkan jarak perjalanan yang pengting dating pertama aku,Begitu teruja pada waktu tue..Dalam asyik berkhayal sedar-sedar sudah siap komponen motor tue aku pasang. Aku cuba hidupkan enjin,tapi perkara sama juga yang berlaku.Masih tak hidup motor itu."Ahh suda" keluh ku.Aku tinggalkan motor dan masuk mandi untuk ke sekolah..Ketika tue jam sudah 12 lebih..


                                                  ***************************


Dik oii cepat sikit mandi mat dok tunggu hang nie,Kata emakku..SsaatT ..saaatt makkk,Jawabku.Ketika itu aku tengah berfikir bagaimana hendak menjawab dengan si mat tue.Basikal pula tak ada pelantar belakang.."Ahh Suda" keluhku..Tiba-tiba.. Prengg..Prengg..Prengg Bunyi motor yang amat aku kenali,Tak lain tak bukan adalah motor si mat..Aku gembira bercampur hairan bagaimana motor tue boleh dihidupkan..
Dik satlagi hang bagi duit kat mat sikit dia beli minyak motor taksat,,Kata emakku..APA MAKKK MINYAKKK..!!!


Rupa-rupanya motor si mat minyak yang habis,dia tinggalkan motor dirumah aku sebab tak larat nak menolak.Aku pula salah faham.hehhe..yela baru 13 tahun time tue.. :-)