.: Lubang-lubang terbesar di dunia

SESEDAP RASA

SEDAP BAGIMU SEDAP JUA BAGIKU

Friday, 28 October 2011

Lubang-lubang terbesar di dunia



Lubang yang pertama dalam video itu juga dikenali sebagai hell gate jika diterjemahkan dalam bahasa malaysia ia lebih dikenali sebagai 'Pintu Neraka ia juga dikenali sebagai Darvaza gas crater terletak di Turkmenistan. Pada tahun 1971 para geologis menemukan deposit gas alam bawah tanah yang sangat besar di tempat ini.Ketika melakukan pengalian menara bor runtuh dan meninggalkan lubang.Bagi mengelakkan gas beracun keluar ,lubang itu dibiarkan terbakar sehingga kehari ini.


Lubang kedua dikenali sebagai GREAT BLUE HOLE terletak di pantai Belize. Lubang itu mempunyai diameter 1000 kaki dan kedalaman 400 kaki.


Lubang ketiga itu dikenali sebagai DIAVIK MINE yang terletak di wilayah barat laut kanada. Lubang ini mula beroperasi pada tahun 2003,Dengan pengeluaran 8 juta karat atau sekitar 1.600 kg ( 3500 lb) berlian setiap tahun.


Lubang  keempat adalah MONTICELLO DAM yang terletak di Napa County California Amerika Syarikat. Ia adalah sebuah empangan dibina antara 1953 hingga 1957 ,ia empangan  keluk konkrit sederhana dengan 1 ketinggian struktur 304 kaki (93 m) dan 1 kepanjangan rabung 1,023 kaki (313 m).


Lubang yang kelima adalah MIRNY DIAMOND MINE, Lombong mirny ini merupakan lombong berlian terbuka yang terletak di Mirny,timur laut Siberia ,Rusia.Lombong ini mempunyai Kedalaman 525 meter dam mempunyai diameter 1200 meter.


Lubang seterusnya adalah SINK HOLE,Guatemala. Lubang ini terjadi ketika Ribut tropika agatha pada 1 Jun 2010.Kejadian sama juga pernah terjadi di Guatemala pada 23 Feb 2007.

Comments
0 Comments

0 comments: