Kejadian ini berlaku pada 28 Oktober 2011 di mana seorang pemuda yang dikenal pasti sebagai Mevlid Jasarevic berumur lingkungan 23 ke 24 tahun menembak dengan senapang automatik ke arah kedutaan US di tengah pusat bandar Sarajevo,Bosnia.Kejadian ini mengakibatkan seorang pengawal keselamatan tercedera serta melumpuhkan aktiviti pada petang jumaat itu.