Pernahkah anda terfikir mengenai kasut bermotor..? Mungkin ramai yang pernah terfikir mengenai kasut sebegini ketika anda penat berjalan ke kuliah atau sebagainya bukan..? Namun idea anda tidak diterjemahkan dan berlalu begitu sahaja..Untuk pengetahuan anda Idea kasut bermotor ini terhasil apabila pemiliknya sukar mencari tempat parking kereta sewaktu ingin makan tengahari,Lalu terlintas di fikiran beliau untuk mencipta kasut bermotor ini.
Serba sedikit mengenai kasut ini
- Kasut bermotor yang dipanggil spnKiX
- Ia adalah gabungan Antara kasut Ski dan Kasut Roda
- Mempunyai kalajuan 10 batu sejam atau 16 km sejam
- Setiap kasut mempunyai bateri dan motor disepadukan bagi berfungsi bersama
- Bateri yang dicas semula 2 hingga 3 jam membolehkan pemakainya pergi sehingga 5 kilometer
- Mempunyai satu alat kawalan jauh yang berfungsi mengawal kelajuan
- Kasut ini akan dipasarkan dengan harga AS$649 (RM2,039) pada mac ini
Wajah Pencipta kasut ini Peter Treadway |