Motor nie hanyalah gambaran |
Ketika itu jam baru menunjukkan pukul 7 pagi,Manakala waktu persekolahanku sesi petang tapi disebabkan ada motor kawan aku tersadai di rumah aku terpaksa bangun awal untuk membaiki,Selalunya kalau motor tersadai tue dah tahu la,Mesti nak aku baiki punya."Belum sempat puas tidur" rintih hati kecilku.Mana tak nya mimpi baru saja nak berputik dah kena bangun..Mujur pagi tu mood aku baik jadi aku buat keja dengan tekun sekali,Dalam erti kata lain aku iklas membaiki motosikal kawan aku tue.Puas juga la aku nak siapkan motor tue..Yela waktu tue umur aku baru 13 tahun mana la ada pengalaman sangat.Tambah-tambah masalah yang baru aku jumpa.Disebabkan nak belajar aku memandaikan diri repair motor tue.
***********************************************************
Jam menunjukkan pukul 11 pagi.Aku sudah mulai risau,Pertama sebab aku nak ke sekolah pukul 12 nanti,Kedua sebab kawan aku naik motor nie nak kesekolah,Dan ketiga adalah aku tumpang kawan aku ke sekolah dengan motor tue..... "Isk api ada,Plug oke,Timing rantai kecik oke,coil body oke,Caburater oke,,Ahh suda"Bercakap sorang-sorang aku ketika tue..Jam sudah Menunjukkan pukul 11.15 minit ketika itu.Aku tanpa berfikir panjang terus membuka head,dan block motor tue..Satu demi satu aku perinci kan.. dari valve,valve spring,camshaft.Ukur guna caliper kot time tue..hehe.maknanya memang betul teliti la.Siap buat kiraan lagi.
Tidak lama selepas itu emak aku datang bertanya mengenai status motor tersebut,Aku hanya mampu mengelengkan kepala tanda pasrah,Emakku berlalu masuk ke dalam rumah tanda faham.Masa berlalu begitu pantas bagiku,Ketika itu pula aku teringat ada dating dengan budak kelas sebelah..Baru kemarin aku dapat surat.."Ahh Suda" Itulah Bakal dating pertama yang perlu aku realisasikan,Nak tak nak kena juga pergi sekolah.
*******************************
Aku menyegerakan pemasangan komponen motor itu,Walaupun tahu harapan 50-50 sahaja kerana aku tidak tahu punca masalah sebenar,Apa yang aku fikir basikal belakang rumah sentiasa menanti untuk aku kesekolah jika berlaku segala kemungkinan.(Jarak dari rumah nak kesekolah 3 Km).Aku tidak fikirkan jarak perjalanan yang pengting dating pertama aku,Begitu teruja pada waktu tue..Dalam asyik berkhayal sedar-sedar sudah siap komponen motor tue aku pasang. Aku cuba hidupkan enjin,tapi perkara sama juga yang berlaku.Masih tak hidup motor itu."Ahh suda" keluh ku.Aku tinggalkan motor dan masuk mandi untuk ke sekolah..Ketika tue jam sudah 12 lebih..
***************************
Dik oii cepat sikit mandi mat dok tunggu hang nie,Kata emakku..SsaatT ..saaatt makkk,Jawabku.Ketika itu aku tengah berfikir bagaimana hendak menjawab dengan si mat tue.Basikal pula tak ada pelantar belakang.."Ahh Suda" keluhku..Tiba-tiba.. Prengg..Prengg..Prengg Bunyi motor yang amat aku kenali,Tak lain tak bukan adalah motor si mat..Aku gembira bercampur hairan bagaimana motor tue boleh dihidupkan..
Dik satlagi hang bagi duit kat mat sikit dia beli minyak motor taksat,,Kata emakku..APA MAKKK MINYAKKK..!!!
Rupa-rupanya motor si mat minyak yang habis,dia tinggalkan motor dirumah aku sebab tak larat nak menolak.Aku pula salah faham.hehhe..yela baru 13 tahun time tue.. :-)