.: Dunia kecil Miniatur Wunderland Humburg

SESEDAP RASA

SEDAP BAGIMU SEDAP JUA BAGIKU

Sunday, 4 December 2011

Dunia kecil Miniatur Wunderland Humburg

Miniatur Wunderland di Hamburg Berbangga dengan lebih 13 kilometer landasan serta 890 kereta api bergerak merentasi kawasan seluas 0.2 hektar,Dengan hasil ciptaan yang rumit dan cermat mereka membuat Bandar Raya Las Vegas mengikut ukuran yang jauh lebih kecil,Lengkap dengan 30,000 lampu di tengah-tengah miniatur Amerika Syarikat,Selain model Austria,Scandinavia dan juga Switzerland.Banjaran gunung jerman,Harz dan Hamburg juga menghiasi langskapnya.

Di Miniatur Wunderland ini dipenuhi dengan 33,000 liter air yang mengalir ,Air pasang surut distimulasi setiap 30 minit.Manakala masa sehari bersamaan 15 minit di pulau fantasi itu,yang dikawal sepenuhnya oleh komputer. Kehidupan di dunia kecil itu mengandungi 300,000 lampu,215,000 pokok,3000 bangunan dan 200,000 ukiran manusia.Kira-kira 500,000 jam digunakan untuk membina model dunia itu namun ianya hanya sebahagian dan dijangkakan siap sepenuhnya pada tahun 2020.






Comments
4 Comments

4 comments:

ChaCha said...

uish...comei2 je..hehe..terbaiklah..

owner : Lynn said...

wah style~~~ rasa cm nk pergi je ! tp jauhnye..hehe

khairul said...

mmg betul2 hebat la

Yatie Awang said...

waaaahhh...cantik..