Mari kita lihat antara koleksi jambatan Unik pelik dan menarik. :-)
Jambatan Slauerhoffbrug(Belanda)
Jambatan ini bertempat di Leeuwarden ,Direka bentuk oleh Van Driel Mechatronica dan menjadi jambatan automatik sepenuhnya.Jambatan Slauerhoffbrug menyeberang ke Harlinger Vaart River serta beroperasi sepenuh masa apabila jambatan itu dinaik dan diturunkan 10 kali sehari secara automatik.
Rolling Bridge
Tengok video nie
Merupakan jambatan boleh ubah pertama yang berupaya bergulung.Pereka jambatan ini adalah Thomas Heatherwick ,Direka bentuk oleh SKM Anthony Hunt bersama Packman Lucas,Dan dibina oleh Littlehampton Welding Ltd.Rekabentuk hidraulik dan pembangunan di buat oleh Primary Fluid Power Ltd.
Jambatan Air Magdebug(Jerman)
Jambatan ini dibuka pada Oktober 2003,terletak di Magdebug,Near Berlin,Dan merupakan jambatan air yang boleh dilalui terbesar di dunia.Di bawah merupakan ciri-ciri jambatan air ini
Fort De Roovere Trench Bridge(Belanda)
Tengok video nie
Jambatan ini terletak di Fort De Roovere ,Sebuah kubu pertahan dari kurun ke-17 di bandar Halsteren,Belanda.Apa yang uniknya jambatan ini diperbuat daripada kayu serta dibina di dasar sungai untuk merentasi seberang.
Sumber
The Half-Bridge of hope(Rusia)
Terletak di sebuah perkampungan kecil bernama Nikola Lenivets,Kaluga,Rusia.Jambatan ini dibina sepenuhnya oleh kayu sebagai hasil seni.
Sumber
Henderson Waves(Singapura)
Jambatan ini mempunyai ketinggian 36 meter dari permukaan jalan serta merupakan jambatan pejalan kaki yang tertinggi di singapura..Jambatan ini menghubungkan Taman Mount Faber dan Teluk Blangah Hill dengan jarak 300 meter.
Setakat ini dulu :-)