.: 10 Stesen keretapi paling menakutkan di dunia

SESEDAP RASA

SEDAP BAGIMU SEDAP JUA BAGIKU

Thursday, 3 November 2011

10 Stesen keretapi paling menakutkan di dunia

Keretapi adalah salah satu pengangkutan yang paling utama pada suatu ketika dahulu.Kepentingan keretapi berkurangan disebabkan pembagunan perhidmatan pengangkutan seperti Kapal terbang,kereta dan lain-lain.


1. Estacion Canfranc,Spain

Sebuah stesen keretapi antarabangsa yang terletak di sebuah perkampungan Canfrance,Spain. Stesen keretapi ini difahamkan bersempadan dengan perancis.Stesen keretapi ini mula dibina pada 1928 dan ditutup sekitar 70'an kerana satu kemalangan keretapi antarabangsa.

2. St.Martin Metro Station,Paris,France

Telah digunakan hampir 100 tahun sebagai sistem rel bawah tanah di Paris.Stesen ini telah ditutup pada tahun 1939,Selepas beberapa ketika ia membuka semula namun tidak lama.

3.Abandoned Station (Petite Ceinture),France

Salah sebuah stesen keretapi yang sangat lama di perancis.Mempunyai 32 kilometer serta landasan berkembar.

4.Aldwych Tube Station,London,Uk

Telah dibuka pada tahun 1907,Dan operasi diberhentikan pada tahun 1994 sebagai stesen yang tidak berupaya untuk menghasilkan pendapatan untuk menampung kos membaiki.

5. Szabadka,Serbia

Stesen keretapi terbengkalai ini juga dikenali sebagai 'Subotica' dalam bahasa serbia. Telah dibuka dalam tahun 1800 ketika bandara Subotica kepunyaan Hungary.

6. Chamberi Station,Madrid,Spain

Chamberi adalah stesen Metro di line 1,Antara Iglesia dan Bilbao.Bahagian garisan laluan bawah tanah pertama stesen ialah dari Cuatro Caminos ke Puerta Del Solin Madrid yang telah dilancarkan pada 17hb Oktober,1919.Stesen ini ditutup dipercayai tidak boleh menampung keretapi yg melebihi enam gerabak.

7. Kymlinge Metro Station, Stockholm

Mula dibuka pada tahun 1976 dengan sebelah bagunan yang tidak siap tanpa sebrang sebab.Dipercayai hantu sebagai masalah utama stesen keretapi ini.

8. Echizen-Tano,Tokyo,Japan

Salah sebuah stesen keretapi yang baru ditutup,Tidak banyak informasi mengenai stesen keretapi ini. Tapi jika anda pergi mungkin ternampak  seorang wanita menungu kekasihnya di sini.

9. Pinkenba Railway Station,Australia

Stesen keretapi ini mula beroperasi sekitar 3 September 1882 di Australia.Jika dilihat dari gambar ianya hanya dipenuhi semak samun.

10. Abandoned Boxcars

Stesen yang tidak diketahui nama sebenarnya ini dipercayai mempunyai hantu yang mengembara dengan mengharap lebih banyak penumpang.

Setakat ini dulu dari saya. Untuk info lebih lanjut sila ke sini.
Comments
0 Comments

0 comments: