.: Cerita mengarut pada suatu malam

SESEDAP RASA

SEDAP BAGIMU SEDAP JUA BAGIKU

Thursday, 10 November 2011

Cerita mengarut pada suatu malam

Dalam keadaan hati yang berserabut serta kepala seperti kebegongan kerana tidak ada kerja lantas aku melihat wajah ku di cermin sama ada aku nie boleh jadi model sambilan atau tidak..hahaha (Gurau ja ekk)..Sebenarnya aku lantas mengambil telefon dan call kawan-kawan aku seorang demi seorang untuk keluar lepak. Namun malangnya ada 2 orang sahaja yang free,yang lain semua sibuk..Yela dorang semua cuti dah habis,,Kalau keluar malam dengan orang tak bekerja seperti aku mesti lambat balik kan.

Tidak lama selepas itu keluar aku bersama dua rakan dan melepak di kedai makan.Entah apa yang terjadi cerita 'Pintu Taubat' disiarkan Patani kedai makan tue..Apa lagi semua pelanggan di kedai makan tue layan je la cerita tue sambil ambil iktibar..hehe.. Dah bosan borak aku keluarkan sebatang rokok dan pelawa member aku,,Alangkah terkejutnya apabila dia cakap bahawasanya beliau sudah berhenti merokok siap tunjuk kad berhenti merokok dari "Klinik Berhenti Merokok", Awalnya aku gelak la sebab aku tak tahu pun kewujudan klinik tue..Setelah diceritakan baru aku tau kewujudan klinik tue..Jeles juga aku sebab dia boleh berhenti merokok..Time aku berhenti dulu member aku nie la yang menghasut aku hisap rokok balik..hehe.. Kalau ikutkan hati nak je aku hasut dia merokok balik..hehe

Dah Selesai berborak tanpa arah tujuan kami bertiga pun  ke sebuah pusat karaoke..
Lagu dari kumpulan deb gab c dengan tajuk merah dinyanyikan oleh member aku yang seorang lagi..Memeng terkejut sekali bagi aku apabila dia dapat menyanyi dengan penuh penghayatan, siap ada vibreto lagi..hehe


Lagu kedua pula dinyanyikan member aku yang berhenti merokok tadi.Suara dia nie lagi power,, sebiji macam awie,Suara pulak nyaring.Penghayatan dan teknik vokal dia memang baik sekali..Aku betul-betul tak sangka dorang nie pandai menyanyi..hehe..naik bulu roma aku bila dengar..Misteri mimpi syakila tajuk dia..



Aku lak menyanyi lagu dari kumpulan jinbara tajuk 'Hilang'..



Itu antara lagu yang kami nyanyikan,sudah selesai berkaraoke pulang lah kami bertiga hendah ke rumah masing-masing,Nak dijadikan cerita aku dari jauh ternampak sesuatu melintangi jalan,Bila tiba je dekat dengan benda tue aku menjerit Ulaqqqq!!! dengan automatik kesemua kami kaki sudah berada di kusyen moto,Mujur tak jatuh dan Mujur tue ular sawa je..Kalau ular lain tak tau la apa akan jadi..hehe.. 
Oke setakat ini dulu cerita mengarut nie..Tido dulu ..:-)



Comments
7 Comments

7 comments:

Deganshah Putra said...

Macam Awie wings?? ngerock dong gan?? kalau suara macam ella (sembilu) bisa gak??hehe

SeseDaP RaSa said...

ha,a awie wings,kalau suara mcm ella x boleh nak nyanyi..hehe

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

halamak hebat lah . power tu . hehe:)

SeseDaP RaSa said...

heh..heh..heh.. :-)

TeacherNurul said...

haha. agak mengarut laa. hehe:)

SeseDaP RaSa said...

memang agak mengarut..hehe

Kamal azri said...

Pada malam yg indah , diikuti dgn bunyi burung yg berkicauan dan lipas , keldai bersama kura kura sedang bermain bola di padang ... TIBA TIBA !!!
aku ternampak segrombolan semut sedang membuli 18 biji kelapa di dalam long kang .. aq dgn rasa membara bere berlari ke arah tempat kejadian , tanpa disedari aq tersepak seorang batu dan ini menyebabkan aq terbang di atas segrombolan semut tadi , lalu aq membuat skill seperti tony jaa dan boyka segera menyiku semua semut itu serentak tanpa segan silu , tapi ilmu kung fu semut itu hebat juga , dia dpt menahan tomoian aq yg padat , padu lagi berzat .. dgn tindakan yg pantas aq mematahkan tulang rambutnya sehelai demi sehelai .. semut itu mengerang kegembiraan , dgn tindakan refleks semut itu terus menumbuk kuku kaki ku hingga terbelah .. sambil kesakitan aq menyepak buku lali semut itu bertubi tubi sehingga menangis .. semut itu mengadu kepada emaknya .. emaknya terus berjumpa dgn aku .. sampai shj di situ aku trus membeli red bull kerana kehausan selepas beraksi , tidak sempat emaknya berckp aku trus belasahnya tanpa segan silu sehingga putus buku lalinya .. maknya merayu kepada aku supaya belikan dia dan anaknya bihun goreng kerana mereka mahu membuat origami .. aku belikan mereka bihun goreng dan gam supaya buku lali tersebut dpt dicantum semula , .. akhirnya aku meneruskan perjalanan ke selatan .. hari sudah lewat , aku pun membuat kemah dgn mngunakan periuk dan belanga .. keesokan harinya aku bngun tnpa disedari oleh kalian aku terjaga di parit kampung pisang di sabah tanpa memakai topi keledar , aku pun terkejut .. rupa rupanya aku dibawa oleh orang caliamalia(kacukan california,amerika dan australia) .. mereka berckp bahasa yg aku tidak faham , aku terus membelasah mereka kerana bertindak kurang sopan .. aku pun pergi dari situ .. sedang berjalan2 aku terserempak dgn Jet Li .. tiba tiba dia mengejarku .. aku terus berlari sehingga masuk jalan highway , kebetulan ada polis membuat speedtrap disitu .. mereka membaca kelajuan kami mencecah 300km/j .. polis diikuti pasukan Fbi dan SWAT mengejar kami dari belakang .. aku berhenti di laluan karak .. rupa rupanya mereka berpakat ingin belasah aku .. aku dgn perasaan keriangan bertarung dgn mereka semua .. pertarungan kami berlanjut selama 5 hari 18 malam .. setelah kedua pihak kepena
tan tanpa sebarang gol , pihak juri menyatakan pertarungan ini seri .. aku tidak puas hati lalu aku menerajang kerongkong juri sehingga termuntah sotong masak merah yg dimakannya malam tadi .. akhirnya mereka semua mengaku kalah .. aku balik ke rumah yg tidak jauh dari situ dan beritahu kepada makku bahawa aku telah menang .. mak aku buatkan sarapan utk ku .. tapi belum sempat aku sampai di meja , makanan ku sudah dimakan sekumpulan anai anai , dgn rakusnya mereka mkn .. aku berasa marah lalu menampar lutut mereka sebanyak 23 kali .. mereka meminta maaf dan kami berpelukan selama beberapa minit .. akhirnya kami hidup aman selama lamanya ..