.: Masihkah ada Sinar

SESEDAP RASA

SEDAP BAGIMU SEDAP JUA BAGIKU

Thursday, 24 November 2011

Masihkah ada Sinar


Another You - Cromok Mp3
Musicaddict.com


Apakah harus aku buat di kala umur yang semakin meningkat  dan aku masih tercari-cari tapak permulaan hidupku.Sepanjang malam tidurku tak lena memikirkan perkara ini.Bukan tidak pernah mencuba mengubah,Malah pelbagai benda pernah ku lakukan dan lalui.Jatuh bangun perkara biasa bagiku.Tapi itu dulu,Dulu aku tak pernah kenal erti putus asa.

                                                             **************

 Kerja apa yang tidak pernah aku lakukan,Dari menoreh getah,bersawah,berkerja di stesen minyak,Bancuh simen,tukang mop lantai,Repair kereta dan banyak lagi..terlalu banyak kerja yang aku lakukan itu tak termasuk sewaktu dan selepas aku belajar lagi..Adakah tidak cukup usaha yg aku buat selama ini sehingga terlalu sukar bagiku untuk mendapat pekerjaan.


  Lebih tertekan apabila melihat surat Pinjaman pengajian sampai ke rumah..Bagaimana nak dibayar sedangkan kerja pun tak ada.Pernahku berniaga namun tak kemana aku cuba dan cuba lagi namun masih tak kemana.Sekarang jadi lah aku manusia yang terlalu mudah putus asa tak seperti dulu.Jadi tidak hairanlah jika kawan-kawan pelik dengan perubahan sikap ku.

                                                 ***********************

 Apa yang aku fikirkan sekarang adakah hidupku ini masih ada sinar seperti yang aku bayangkan dahulu,Dan adakah ditakdirkan hidup aku begini selamanya atau aku sedang diuji dan mungkin ada hikmah di sebalik semua ini..

 Aku ingin membalas jasa kedua ibu-bapaku sementara mereka masih ada.
Masihkah ada sinar untukku..??

Gambar Hiasan


Comments
2 Comments

2 comments:

Unknown said...

Lahai..sedihnya saya baca..hrmm..masa mula2 tamat pengajian dulu saya pun pernah rasa apa yang awak rasa bila rezeki belum menyebelahi saya..Tapi awak jangan la putus asa..pasti ada rezeki awak kat mana-mana janji jangan putus asa.. :)

SeseDaP RaSa said...

DianaAzis - dan2 saya bersemangat..hehe