.: Pasar-pasar Tradisional yang unik dan Menarik

SESEDAP RASA

SEDAP BAGIMU SEDAP JUA BAGIKU

Friday, 18 November 2011

Pasar-pasar Tradisional yang unik dan Menarik

Pasar adalah tempat jual beli terbuka yang biasanya diadakan di medan bazar atau tempat sementara.Di sini saya ingin kongsikan beberapa pasar tradisional yang unik serta menarik dari beberapa negara.


Spider Market,Kemboja

Pasar tradisional ini terletak di Kota Skuon,Kemboja..Di pasar tradisional ini menjual pelbagai jenis makanan eksotik seperti labah-labah,Kulit ular dan sebagainya yang boleh didapati dengan mudah disini.


Damnoen Saduak Floating Market,Thailand
Pasar tradisional ini menjual hasil yang sama seperti pasar tradisional yang lain seperti Bawang,Cili,Timun dan sebagainya.Yang uniknya pasar tradisional ini adalah aktiviti perniagaan dan jualan dilakukan di atas perahu,Waktu perniagaan di pasar tradisional ini adalah 0800-2300..Lokasi pasar ini dari Bangkok adalah 109km.

The Saint-Ouen Flea Market,Perancis
Pasar tradisional ini mula dibuka pada tahun 1870,Maklumat mengenai pasar tradisional ini tidak begitu banyak yang diperolehi,Namun mengikut kefahaman saya pasar ini adalah menjual barangan lusuh serta barangan antik,barang akeologi,dan lain-lain lagi.Luas pasar ini adalah 7 hektar.Dalam bahasa indonesia pasar ini dipanggil pasar 'loak',Dan pasar tradisional ini adalah pasar 'loak' yang terbesar di dunia.
Klik disini untuk rujukan pasar ini dengan lebih lanjut


The Grand Bazaar,Turki

The Grand Bazaar ini mula dibuka pada 1461,Dibangunkan pada 1455 oleh sultan Mohammed II.Pada abad ke 16 sewaktu pemerintahan Sultan Suleiman pasar ini diperluas kemudian pada tahun 1894 The Grand Bazaar ini diubahsuai akibat berlakunya gempa bumi.Pasar yang terletak di Istanbul ini merupakan pasar yang terbesar dan tertua di dunia.Pasar ini mempunyai 58 lorong ,4400 gerai dan dikunjungi sekitar 250.000 sehingga 400.000 setiap hari.Antara barang yang dijual di pasar ini adalah Jaket,Barangan perhiasan,Karpet,Barangan dapur dan sebangainya.


Sonora Witchcraft Market,Bolivia

Pasar ini boleh dikatakan para perniaganya terdiri daripada bomoh,pawang,tukang sihir dan juga dukun. Barangan yang dijual disini adalah seperti Kulit ular berbisa,Tulang manusia,Iguana yang masih hidup,Buku ilmu sihir dan sebagainya.


Maeklong Market,Thailand
Lokasi pasar tradisional ini terletak terlau hampir dengan rel keretapi,barangan yang dijual disini adalah sepertii Timun,cili,tomato,pelbagai jenis ikan dan dan lain-lain lagi.Rutin harian keretapi yang melalui rel ini adalah sebanyak 8 kali sehari.





Pasar Tradisional Tomohon,Indonesia

Pasar Tradisional Tomohon terletak di Kota Tomohon,Sulawesi Utara,Indonesia.Di pasar tradisional ini barangan yang dijual selain barangan dapur biasa adalah seperti Anjing,Ular sawa,kelawar,babi,monyet dan makanan eksotik yang lain.


Pasar Besar Siti Khatijah



Nama asal pasar tradisional ini adalah Pasar Besar Buluh Kubu,Namun ia ditukar nama kepada Pasar Besar Siti Khatijah sebagai memberi penghormatan kepada kaum wanita yang meminati bidang perniagaan di pasar tradisional ini.Keunikkan pasar tradisional ini adalah majoriti perniaga di sini adalah wanita.

Setakat ini dahulu.. :-)
Comments
9 Comments

9 comments:

c'axoera said...

pasar chow kit mana :D

NAZRUL AZAT said...

uptown xmasuk list pon ?? ngeee :-)

khairul said...

sy minat sungguh ngan bazaar kat Turki tu

Dunia Realiti a.k.a Elih said...

Sangat menarik...hehe

SeseDaP RaSa said...

c'axoera-chow kit ktgori pasar mden dah kot..hehe

NAZRUL AZAT-Pasar siti khatijah jadi wakil..hehe..

khairul-tue pasar tradisional yg tertua di dunia.

Dunia Realiti a.k.a Elih-terima kasih :-)

hati♡ said...

info yg menarik.. :)

EmpayarUtama said...

Nengok gamba-gamba terpilih tu, bila la agaknya dapat sampai sana ya...

DzuLagiL said...

wah...cemerlang...
jom reramai pakat melancong sama2...

ChaCha said...

geli2 yg psr indon tu...