.: 11 Kapal Laut terpanjang di dunia

SESEDAP RASA

SEDAP BAGIMU SEDAP JUA BAGIKU

Saturday 12 November 2011

11 Kapal Laut terpanjang di dunia

Disini kita mempunyai 11 senarai kapal laut yang terpanjang di dunia pada tahun 2011.

11) COSCO Guangzhou
Sebuah kapal kontena yang dibina pada tahun 2006 untuk Cosco Ship Management,Kapal ini mempunyai kepanjangan 350 meter (1150 kaki),Mempunyai sistem bahan api yang cekap serta efektif membolehkan kapal ini bergerak dengan kelajuan 24.5 knots.


10) CMA CGM Medea
Sebuah kapal kontena yang di bina pada tahun 2006 di kawasan perindustrian berat Hyundai,Mempunyai kepanjangan 350 meter (1150 kaki) serta mempunyai keupayaan bergerak dengan kuasa maksimum 25.4 knots.



9) Axel Maersk
Sebuah kapal kontena Denmark,Mula dibina pada tahun 2003 di sebuah kawasan Maersk line di Odense,Denmark.Panjang kapal ini adalah 352 meter (1154.86 kaki),Kelajuan maksimum kapal ini adalah 25.4 knots dan kelajuan sederhananya adalah 23.9 knots.



8) Allure Of The Seas
Diaggap sebagai sebuah kapal persiaran yang terbesar pernah dibina,Allure Of The Seas dimiliki dan dikendalikan oleh Royal Caribbean International.Mempunyai panjang 360 meter (1,181 kaki),Di kapal ini dikatakan mempunyai pelbagai jenis bentuk hiburan.



7) Oasis Of The Seas
Kapal ini diberi gelaran 'Sister of Allure Of The Seas'.Dibina pada tahun 2009 keadaan dan bentuk kapal ini mempunyai identiti yang hampir sama dengan 'Allure Of The Seas'.



6)Vale Brasil
Antara salah satu kapal kontena yang terpanjang di dunia,Mempunyai panjang 362 meter (1187.66 kaki),Kapal ini mempunyai satu kelajuan maksimum iaitu 15 knots.



5) MSC Danit
Dibuat pada tahun 2009 di Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering Ltd,Korea Selatan,MSC Danit ialah sebuah kapal kontena di bawah perintah Mediterranean Shipping Company S.A.Panjang kapal ini adalah 365.50 meter (1199.1 kaki).Kelajuan maksimum untuk kapal ini adalah 25 knots.



4) MSC Beatrice
Dibina oleh Samsung Heavy Industries,Korea Selatan,Dalam tahun 2009,Mempunyai kepanjangan 366.1 meter (1201 kaki),Kelajuan maksimum MSC Beatrice ini adalah 25.2 knots.



3) Gudrun Maersk
Mula berfungsi pada tahun 2005,Gudrun Maersk mempunyai kepanjangan 367 meter (1204 kaki),Mempunyai 24 knots kelajuan maksimum manakala 23.2 kelajuan sederhana.




2) TI Class Supertankers
Kapal ini mula dibina pada tahun 2002/3,Panjang kapal ini adalah 379 meter (1243 kaki), kelajuan maksimum untuk kapal ini adalah 16.5 knots.



1) Emma Maersk
Kapal ini adalah kapal terpanjang di dunia dan pernah menjadi kapal terbesar di dunia suatu ketika dahulu.Kapal ini dibina pada tahum 2006 di Odense Steel Shipyard, Denmark,Kapal ini mempunyani kepanjangan 397 meter (1302 kaki) ,Dimiliki oleh A.P Moller Maersk Group dan belayar di perlabuhan seperti Ningbo,Xiamen,Hong Kong,Yantian,Algeciras,Rotterdam, dan Bremerhaven.




Jangan lupa like ye :-)
Comments
11 Comments

11 comments:

Haziq Yaacob said...

panjang gila!

cIk cUmIe said...

15 thun akn dtg ade lg 1 kapal panjang.
kapal tu sy la punya. hehehe

Anonymous said...

Lagi bagus sampan kayu punya saya hahaha

EmpayarUtama said...

teringat la dulu masa kecik-kecik main kad gamba kapal perang :)

Unknown said...

nice info...

Cikgu Jaja™ said...

jaja mmg dr kecik suka tgk kenderaan gergasi termasuk lori sampah dan kobe.. hahah

Hana said...

suma kapal kontena

Unknown said...

heran kan..besi beratus2 tan leh terapong atas air

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

wuyo panjnagnye :)

Anonymous said...

teringin nak naik kapal besar2 huhu :D

Karya Hati said...

jd rumah dlm tu...mcm2 boleh taruk..hehehhe